“Lockdown” di Sandakan akan berlaku, tangguhkan acara sosial-MPS

SANDAKAN: Warga Sandakan dinasihati untuk tidak mengadakan sebarang majlis sosial berikutan dengan peningkatan kes Covid-19 di daerah tersebut.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Wong Foo Tin, dalam satu kenyataan media, mengatakan kes-kes Covid-19 di daerah Sandakan adalah disebabkan kes-kes bawaan dari lawatan sanak saudara dan ahli keluarga ke luar daerah seperti Tawau dan Kota Kinabalu.

“(Jangkitan) juga disebabkan acara sosial seperti jamuan makan, majlis perkahwinan dan sambutan hari jadi.

“Justeru itu, adalah dinasihatkan semua warga dan penduduk daerah Sandakan agar menghentikan atau menangguh acara-acara seperti jamuan makan majlis perkahwinan, apa-apa acara sosial serta gotong royong yang melibatkan orang ramai.

“Ini adalah untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 di daerah Sandakan,”beliau berkata di satu kenyataan media.

Wong juga berkata sekiranya kes semakin meningkat dan tidak terkawal, Sandakan juga akan menjadi seperti Tawau yang berada dalam keadaan “lockdown”.

Tiga kawasan iaitu Institut Latihan Perindustrian, Taman Permata dan Taman Seri Labuk adalah di bawah PKPD selama 14 hari bermula 10 April sehingga 23 April.

Advertisement

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.