KOTA KINABALU: Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu telah mengisyitiharkan tiga mukim sebagai lokaliti wabak kolera.
Menurut satu pekeliling yang tular, tiga mukim yang terlibat adalah mukim Pantai, Timbok dan Sembulan.

Definisi klinikal bagi kolera adalah cirit birit berair dengan atau tanpa muntah.
Menurut https://www.doctoroncall.com.my/, Penyakit kolera adalah penyakit berjangkit wabak akut (acute). Ia akan menyebabkan gejala seperti cirit-birit berair, kehilangan cecair dan elektrolit yang berlebihan, dan dehidrasi yang teruk.
Vibrio cholerae, bakteria yang menjadi penyebab bagi penyakit kolera, biasanya boleh ditemui dalam makanan atau air yang tercemar oleh najis daripada orang yang dijangkiti. Sumber-sumber bakteria ini termasuklah:
- Bekalan air daripada loji kumbahan dan rawatan
- Ais diperbuat daripada air daripada loji kumbahan dan rawatan
- Makanan dan minuman yang dijual oleh penjaja jalanan
- Sayur-sayuran yang disiram dengan air yang mengandungi sisa manusia seperti air kencing atau najis
- Ikan mentah atau kurang masak dan makanan laut yang ditangkap di perairan yang telah tercemar dengan kumbahan
Statistik wabak kolera di Sabah

Setakat April 14, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah melaporkan 28 kes kolera di lima daerah di mana Lahad Datu merekodkan kes terbanyak iaitu 14.
