SANDAKAN: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju untuk melaksanakan PKP di daerah Sandakan berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April 2021.
Keputusan tersebut adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 78 kes juga direkodkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini.
Sebelum ini, presiden Majlis Perbandaran Sandakan Wong Foo Tin telah memberi amaran terhadap warga tempatan kemungkinan “lockdown”sekiranya tidak mengambil langkah-langkah berjaga.
Menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun sehingga hari ini, sebanyak 46 kes baru telah direkodkan dan secara kumulatifnya sebanyak 6,806 keseluruhan kes dilaporkan di daerah itu.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, pelaksanaan PKP ini antara lain untuk memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular dengan pantas ke kawasan lain dalam daerah mahupun ke daerah berlainan.”

Kluster Sandakan: Megah Jaya dan Jalan Labuk
Kluster Jalan Labuk 3 di Sandakan melibatkan sebuah sekolah menengah berasrama penuh.
“Pada hari ini merekodkan penambahan tujuh (7) kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes.
“Kes indeks merupakan seorang pelajar yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 07 April 2021.
“Saringan kontak rapat di asrama sekolah terbabit mendapati 10 pelajar positif melalui ujian RTK AG dan PCR, manakala empat (4) kes lagi positif dalam kalangan kontak serumah.”
Manakala, Kluster Lorong Megah Jaya di Sandakan melibatkan rumah pekerja di Bandar Megah Jaya.
Masidi berkata, kluster ini dikesan pada 12 April 2021, apabila kes indeks yang bekerja di pusat kesihatan menjalani saringan bergejala dan disahkan positif COVID-19.
“Susulan kes itu, saringan terhadap 37 kontak rapat mendapati 17 kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.
“Berdasarkan penelitian, penularan jangkitan dipercayai berlaku dalam kalangan rakan sekerja yang tinggal di rumah”