MRSM Semporna, kluster Covid-19 melibatkan sekolah.

SEMPORNA: Sabah merekodkan satu lagi kluster membabitkan sekolah di negeri ini. 

Kluster tersebut yang dikenali sebagai Tagasan melibatkan para pelajar di Maktab Rendah Sains MARA yang terletak di Jalan Tagasan.

“Kes indeks adalah pelajar Tingkatan 4 yang disahkan positif hasil saringan bergejala di sebuah klinik kesihatan pada 08 April 2021. 

“Susulan kes itu, saringan kontak rapat mendapati empat (4) lagi pelajar serta seorang (1) pemandu di institusi tersebut dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam (6) kes. 

“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan,”kata jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun di satu kenyataan. 

Setakat ini, PKPD telah dilaksanakan di beberapa institusi pendidikan iaitu Universiti Malaysia Sabah dan SMK AGAMA di Kota Kinabalu. 

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 125 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,910 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.