Community

STB sambut baik usaha promosi rumah ibadat

Siaran akhbar dikeluarkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah

KOTA KINABALU, 30 April 2021: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyambut baik inisiatif badan-badan keagamaan untuk mempromosikan rumah ibadat masing-masing yang mempunyai nilai sejarah dan reka bentuk yang unik sebagai tarikan pelancongan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata menjadikan tempat ibadat terbuka kepada para pelancong membolehkan pengunjung mengenali tradisi dan amalan agama di negeri ini.

“Di STB, kita sentiasa terbuka untuk mempromosi tempat-tempat seperti ini, terutama rumah ibadat yang mempunya nilai sejarah dan seni bina. Ini kerana ada pelancong tempatan dan luar negara yang minat melawat tempat-tempat sebegini.

“Rumah-rumah ibadat juga menjadi pusat sambutan festival, menjadikan tempat-tempat ini sebagai platform mempromosi sikap menghormati budaya dan agama di kalangan pengunjung yang berlainan kepercayaan,” katanya.

Joniston, yang juga pengerusi STB, berkata Sabah mempunyai toleransi budaya yang unik dan ini dapat dilihat di Bukit Padang dekat sini, di mana gereja, kuil, dan masjid dibina dalam jarak dekat.

Tambahnya, STB sentiasa bersedia untuk membantu badan-badan keagamaan untuk menjadikan rumah ibadat masing-masing sebagai produk pelancongan sekiranya mereka terbuka dengan idea untuk membenarkan orang awam melawat tempat ibadat.

Datuk Joniston Bangkuai mendengar taklimat daripada Pengerusi Sabah Chapter Malaysia Hindu Sangam Datuk Dr. K. Mathavan. – Gambar ehsan STB

Semalam, Joniston menerima kunjungan hormat dari perwakilan Sabah Chapter Malaysia Hindu Sangam yang diketuai pegerusi Datuk Dr. K. Mathavan di pejabat STB, di sini.

Dalam perjumpaan tersebut, Dr. Mathavan mengemukakan cadangan untuk mempromosikan kuil-kuil Hindu yang terdapat Sabah sebagai tarikan pelancongan di negeri ini.

Beliau berkata Sabah mempunyai lima kuil Hindu yang terletak di Bukit Padang (Sri Pasupathinath Alayam), Kem Lok Kawi (Sri Subramaniar), Kem Paradise Kota Belud (Sri Sivan Kovil), Sandakan (Sri Sithi Vinayagar), dan Tawau (Thirumurugan).

“Tidak ramai yang mengetahui kewujudan kuil Hindu di Sabah. Kami berharap untuk memasukkannya di brosur pelancongan agar penganut Hindu atau pelancong yang datang ke Sabah tahu kewujudan kuil Hindu di negeri ini.

“Sebilangan kuil ini mempunyai kepentingan sejarah. Kuil di Kota Belud dibina oleh tentera Gurkha dan telah wujud sejak tahun 1960-an. Ia adalah kuil Hindu tertua di Sabah.

“Semasa perang dunia kedua, sebuah bom mendarat di kawasan Bukit Padang yang sekarang menjadi lokasi kuil kami. Kuil Sri Pasupathinath Alayam dibangunkan pada tahun 1988 dan sebuah kolam juga dibina di kawasan bom jatuh,” katanya.

Dr. Mathavan berkata terdapat kira-kira 10,000 penduduk India di Sabah dengan 4,000 daripadanya beragama Hindu. Beliau juga berkata kesemua lima kuil Hindu dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Datuk Joniston Bangkuai menerima kertas cadangan dari Pengerusi Sabah Chapter Malaysia Hindu Sangam, Datuk Dr. K. Mathavan untuk mempromosi kuil-kuil Hindu di Sabah sebagai tarikan pelancong. – Gambar ehsan STB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.