Tiada Pemeriksaan Selipar, Kasut, Hanya Rondaan Pematuhan SOP

KOTA KINABALU: Tiada pemeriksaan jumlah selipar atau kasut dilakukan di Sabah bagaimanapun pasukan pematuhan akan melakukan rondaan pada perayaan Aidilfitri nanti.

Hazani ketika sidang media di IPK Sabah

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, rondaan itu adalah bertujuan untuk memantau bagi mengelak pelanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Tiadalah sampai tengok selipar, menteri pun sudah beri pengumuman untuk sambut hari raya dan kita di Sabah ada kelonggaran dengan adanya enam zon.

“Bagaimanapun, saya akan hantar juga team pematuhan untuk membuat rondaan. Kita nak pastikan SOP dipatuhi, pertemuan keluarga tiada masalah tetapi yang kita bimbang berkumpul beramai-ramai datang untuk majlis rumah terbuka hari raya,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan polis Sabah berhubung pemantauan bagi mengesan individu yang melanggar SOP sempena perayaan Aidilfitri.

Sehubungan itu, Hazani menasihatkan masyarakat setempat supaya tidak melakukan aktiviti seperti majlis rumah terbuka pada perayaan itu nanti.

“SOP pun tidak membenarkan, jika keluarga atau anak balik, tiada masalah,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan akhbar tempatan baru-baru ini, polis Kedah akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak untuk mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri nanti.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.