RANAU: Walaupun berusia 73, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan mampu mengukir senyuman apabila berjaya tiba di Panalaban gunung Kinabalu pada jam 4 petang tadi.
Dengan ketinggian 4,095-m atas paras laut, Adun Tambunan yang telah sembuh Covid-19 dan telah divaksin sepenuhnya, sememangnya mencapai sesuatu yang luar biasa.
Disebabkan kebiasaannya seseorang itu perlulah mempunyai stamina yang baik untuk mendaki gunung Kinabalu, tidak ramai menteri-menteri yang hanya akan “lancar” expedisi tanpa membuat pendakian.

Namun, hari ini (May 6), beliau yang juga merupakan pengerusi penganjur Pesta Kaamatan Sabah mengetuai rombongan seramai 50 orang termasuk isterinya Datin Seri Cecilia Edwin.
Exspedisi tersebut diadakan untuk mempromosikan program Jom Sihat dan pakaian tradisi KDM sempena Kaamatan.
Rombongan tersebut dijangkakan akan sampai di puncak jam 7am di mana mereka akan memperagakan pakaian tradisi.