UMS lancar tabung bantuan makanan untuk pelajar.

KOTA KINABALU: Fakulti Kemanusiaan Sains dan Kesihatan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Tabung Food Bank bagi membantu pelajar mereka yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini.

Dekan Profesor Madya Dr Asmady Idris berkata, sebanyak RM2,760.00 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan kakitangan akademik dan pentadbiran FSSK sejak 27 April 2021 sehingga 2 Mei 2021.

“Kita harapkan agar sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban pelajar terutama dari segi keperluan harian mereka seperti makanan dan minuman.

“Saya juga berterima kasih kepada semua kakitangan yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini dengan memberi sumbangan seikhlas hati. Semoga saudara dan saudari sentiasa dimurahkan rezeki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Madya Dr. Raman Noordin di sini pada Isnin.

Menurut Dr. Asmady, inisiatif itu akan diteruskan bagi membantu golongan yang terkesan atau ditimpa musibah pada masa-masa akan datang.

“Buat masa ini kita juga masih membuka jika masih ada warga FSSK yang ingin menyalurkan sumbangan untuk pelajar kolej kediaman UMS,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan HEP, Mohd. Raffie Hj. Janau dan Timbalan Pendaftar Kanan FSSK, Hj. Firdaus Abdullah.

Untuk rekod, UMS Kampus Kota Kinabalu dikenakan PKPD pada 5 April lalu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang dikesan selepas saringan terhadap beberapa individu bergejala.   

Walau bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan PKPD kampus itu ditamatkan pada 2 Mei 2021.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.