KOTA KINABALU: Polis bersama sepasukan ESSCOm telah berjaya menangkap lapan ahli Abu Sayyaf.
Ketua Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tangkapan tersebut dibuat semasa satu operasi khas pada 8 Mei di kawasan paya bakau di Taman Sri Arjuna Beaufort.
“Hasil operasi tersebut telah berjaya menagkap seramai 37 warganegara Filipina.
“Tangkapan tersbut terdiri daripada 8 lelaki dewasa, 8 wanita dan 21 kanak-kanak.”
Hazani berkata semakan terhadap semua tangkapan dengan pihak keselamatan Filipina mengesahkan 8 adalah ahli Abu Sayyaf dan dua orang daripadanya adalah tersenarai sebagai “Orang dikehendaki”.
Dua orang yang disenaraikan sebagai “Wanted List” pernah terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan marin Filipina di bud Bawis Complex , Panamao Sulu pada tahun 2011, 2018, 2019 dan Nov 2020.
Mereka juga turut terlibat di beberapa kes penculikan warga asing di Filipina.