KOTA KINABALU: Masyarakat digalakkan untuk membuat kawalan kendiri berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Hotspot Identification For Dynamic Engagement (HIDE).
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata HIDE merupakan analisis Data Raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan COVID-19 dalam jangka masa tujuh (7) hari.
“Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan
data kesihatan sedia ada.
“Sistem HIDE akan menyenaraikan premis berisiko. Senarai ini akan diterbitkan oleh
Kementerian Kesihatan bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis
perniagaan.”
Kerajaan Negeri akan membenarkan premis tersenarai dengan syarat.
HIDE telah menyenaraikan tiga premis iaitu Centre Point, Suria Sabah dan Kompleks Karamunsing sebagai premis yang akan mencetuskan jangkitan Covid-19.
Walau bagaimanapun, Masidi berkata premis tidak perlu ditutup kecuali jika diarahkan oleh pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, pemilik premis adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah awalan
seperti meningkatkan tahap kewaspadaan (memeriksa status risiko daftar masuk MySejahtera
dan menghalang individu-individu ‘berisiko tinggi’ daripada memasuki premis);
” Melaksanakan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja sama ada melalui ujian RTK-Ag atau RT-PCR
dan memperketat kawalan pergerakan orang ramai terutama di kawasan sempit atau yang
sering dikunjungi ramai.”