Biar bersedih sambut perayaan, jangan bersuka sebar COVID-19

By Ih Gaman

TAHUN kedua menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam norma baharu, kali kedua merayakan Kaamatan juga dalam norma baharu, yang berbeza hanya cara, namun hakikatnya makna sambutan tetap sama seperti tahun-tahun terdahulu.

Aidilfitri dirayakan sebagai tanda kemenangan umat Islam melaksanakan ibadat puasa selama sebulan sepanjang Ramadan, manakala Kaamatan sebagai simbolik kesyukuran masyarakat Kadazandusun dan Murut terhadap hasil tuaian.

Amalan agama dan budaya tetap sama, cuma cara sambutan kali ini berbeza demi mencegah dan menghindari penularan pandemik COVID-19 yang dikhabarkan merebak semula dan membentuk gelombang ketiga jangkitan di Malaysia kebelakangan ini.

Bagi yang menyambut Aidilfitri, tidak dinafikan ramai yang sedih, pilu kerana tidak dapat balik kampung disebabkan larangan rentas daerah dan negeri, tidak dapat berkumpul ramai-ramai bersama keluarga dan rakan serta tidak dapat berkunjung ke rumah saudara atau rakan yang jauh.

Walaupun masih dibenarkan meraikan bersama ahli keluarga yang tinggal berdekatan dalam daerah yang sama, pematuhan masa yang ditetapkan selain keperluan menyediakan kod QR MySejahtera sudah tentu merumitkan keadaan.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor

Dalam perutusan Aidilfitri Ketua Menteri Sabah beberapa hari lalu, Datuk Hajiji Noor menekankan tindakan yang diambil kerajaan negeri dan Pusat menguatkuasakan SOP sambutan Aidilfitri adalah bersebab dan tidak lain untuk memastikan COVID-19 tidak terus merebak.

Katanya, rakyat perlu menerima hakikat tiada lagi sambutan seperti dahulu yang mana masyarakat bebas untuk bersalam dan mengunjungi rumah terbuka saudara serta rakan.

“Tiada jalan lain, sebaliknya kita harus meraikan Aidilfitri dengan penuh SOP.

“Walaupun begitu, seperti perayaan lain, Aidilfitri akan terus menjadi tonggak perpaduan dan diraikan tanpa mengira bangsa serta agama. Semoga kita semua kekal selamat dan begitu juga orang di sekelilling kita,” katanya.

Hajiji Noor

Rakyat sebenarnya faham tujuan kerajaan menguatkuasakan larangan dan segala macam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Larangan rentas daerah atau negeri
Photo by Travis Saylor on Pexels.com

Hanya segelintir saja yang masih degil sengaja melanggar larangan merentas daerah atau negeri dan enggan menuruti SOP ditetapkan mungkin kerana merasa kebal daripada dijangkiti dan menjadi penyebar COVID-19 atau berada dalam kelompok kecil individu yang beranggapan data penularan COVID-19 yang dipaparkan media hanya rekaan semata-mata.

Bagi penulis, tidak mungkin data yang berkaitan kesihatan awam sengaja dibuat-buat lebih-lebih lagi laporan mengenai kesesakan hospital, terutama di unit rawatan rapi (ICU) kebanyakan hospital COVID-19 di Semenanjung ketika ini bukan hanya dilaporkan pihak kerajaan, malah turut diakui pembangkang.

Penulis sendiri sedar, SOP dan larangan yang dilaksanakan bertentangan dengan hak asasi atau naluri kemanusiaan yang sentiasa mahukan kebebasan terutama untuk bergerak ke mana-mana, bukan saja untuk bertemu keluarga, malah untuk mencari kehidupan lebih baik yang mungkin ada di tempat lain.

Maklumlah, ramai yang terkesan dengan pelaksanaan PKP dan PKPB, selain PKPD di sesetengah tempat, hilang pekerjaan atau kurang pendapatan dan menjadi tertekan atau ‘stress’ dengan situasi yang melanda meskipun aktiviti ekonomi sudah dibenarkan semula dalam tempoh ini.

sebagai rakyat yang bertanggungjawab, menjadi tugas setiap individu untuk sama-sama mencegah penularan COVID-19, bukan saja dengan menuruti larangan dan SOP yang dikuatkuasakan, malah menyokong program imunisasi COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan.
Photo by Ketut Subiyanto on Pexels.com

Namun, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, menjadi tugas setiap individu untuk sama-sama mencegah penularan COVID-19, bukan saja dengan menuruti larangan dan SOP yang dikuatkuasakan, malah menyokong program imunisasi COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan.

Difahamkan, walaupun sudah lebih 400,000 individu mendaftar sebagai penerima vaksin di Sabah, ramai lagi yang belum tampil untuk mendaftar, selain difahamkan masih ada yang ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin untuk mencegah penularan virus berkenaan.

Mungkin mereka terpengaruh dengan dakyah antivaksin atau tidak mendapat maklumat yang tepat, namun satu perkara yang penulis pasti ialah ramai penduduk di Sabah di kawasan terpencil dan pulau tiada akses untuk mendaftar secara dalam talian atau sukar keluar untuk mendaftar secara manual.

Namun, kerajaan pastinya ada jalan atau pendekatan untuk memastikan tiada individu di negeri ini yang tercicir daripada menerima vaksin kerana ia dilihat sebagai perkara sangat penting untuk membina perisai atau imunisasi kelompok untuk menghalang penularan COVID-19 dalam masyarakat.

A group of Kadazan Dusun tribe gathering at a house prior to Covid-19-Borneo Echo Picture
A group of Kadazan Dusun tribe gathering at a house prior to Covid-19-Borneo Echo Picture

Berbalik kepada sambutan Aidilfitri yang dirayakan selama sebulan sejak semalam dan Kaamatan yang kemuncaknya diraikan pada 30 dan 31 Mei ini, walaupun tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini, penghayatan terhadap makna sebenar perayaan itu jauh lebih penting.

Tiada gunanya sambutan perayaan dibenarkan seperti dulu jika akhirnya mengundang padah apabila selepas perayaan berlaku pula gelombang baharu penularan pandemik COVID-19 yang membimbangkan seperti berlaku di India.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.