KOTA KINABALU: Larangan aktiviti rentas daerah akan dilaksanakan lagi selepas kelonggaran diberikan untuk 10 hari mulai esok.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata orang awam boleh merentas zon seperti dahulu.
“Walau bagaimanapun, larangan aktiviti rentas daerah akan dilaksanakan semula mulai 27 Mei hingga 3 Jun 2021.
“Dalam tempoh tersebut, PDRM akan melaksanakan Sekatan Jalanraya (SJR). Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan satu daerah,” beliau berkata di satu kenyataan media.
Pengguna jalanraya yang diberi permit dibenarkan untuk meneruskan perjalanan semasa tempoh larangan.
“Tujuan larangan aktiviti rentas daerah adalah semata-mata untuk mengawal pergerakan
individu dan mengurangkan kontak fizikal bagi membendung penularan COVID-19
di Sabah.
“Masyarakat adalah dinasihatkan agar tidak MENGAMBIL RISIKO untuk mencuba nasib
merentas daerah kerana PDRM akan mengambil tindakan untuk mengarahkan BERPATAH BALIK.”