KOTA KINABALU: Sabah akan perketatkan syarat kemasukan bermula Mei 20.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata pengambilan PCR Test dengan keputusan Negatif adalah diwajibkan bagi setiap individu yang ingin masuk ke Negeri Sabah.
“Orang Bukan Asal Sabah yang ingin masuk ke Negeri Sabah dikehendaki untuk Kuarantin
WAJIB 14 hari di hotel atas biaya sendiri.
“Penduduk Asal Sabah / Penduduk Tetap & Pemegang Pass Kerja yang bermastautin
di Sabah dikehendaki menjalani Kuarantin WAJIB 14 hari di rumah apabila masuk ke
Negeri Sabah,” beliau berkata di satu kenyataan media.
Terdapat 17 hotel yang tersenarai untuk tujuan kuarantin.

Walaubagaimana pun, peraturan baru ini terkecuali untuk kemasukan ke Negeri Sabah bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan dan pelabur asing.
Sebarang pertanyaan mengenai Kemasukan ke negeri Sabah mohon dirujuk kepada direktori Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah:
Talian 24 Jam: 088369433 dan 088369434 (Pelbagai Pertanyaan)
Talian 08:00pg-5:00ptg: 088369430(Panggilan) dan 01159792975 (WhatsApp)