KOTA KINABALU: Beberapa klinik swasta di ibu kota akan dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin Covid-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata penglibatan klinik-klinik swasta dalam program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula Mei 18.
Antara klinik swasta yang akan memulakan operasi adalah:

“Temujanji bagi klinik-klinik swasta berikut adalah melalui pendaftaran dengan MySejahtera.
“Penerima akan mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera.”
Dr Christina juga berkata temu janji secara walk-in tidak dibenarkan dan tiada sebarang bayaran untuk pemberian vaksin di klinik swasta.
Setakat Mei 21, pendaftaran untuk vaksinasi di Sabah adalah 501,899 atau 17.1 peratus daripada jumlah populasi di negeri.
[…] Last month, Sabah Health director Datuk Dr Christina Rundi had also said that several private health clinics have started giving vaccination for free. Check this link on list of clinics. […]
LikeLiked by 1 person