Angka akan bertambah, Masidi beri amaran patuhi SOP Kaamatan
KOTA KINABALU: Sabah mencecah 308 kes Covid-19 setelah menunjukkan trend penurunan beberapa hari ini.
Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 43, diikuti oleh Tawau 37, Kunak 36, Keningau 27, Papar 26 dan Kalabakan 25.
Terdapat 18 kes di Lahad Datu, 16 di Kuala Penyu, 13 di Penampang, 11 Sandakan, 10 Kota Belud, 9 Tuaran dan Beufort, 8 di Kudat dan Putatan, 5 Semporna, 4 Kinabatangan , 2 di Tongod dan 1 di Sipitang.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata statistik tersebut disumbang daripada kluster sedia ada dan kontak rapat.
“Seperti yang telah diberi amaran semalam, bersedia menghadapi kesukaran pada hari-hari berikutnya.
“Sila pastikan SOP Kaamatan diikuti atau angka tersebut akan terus naik.”