Community

Sabah catat kluster Raya tertinggi

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes Covid-19 tertinggi yang berkait dengan perayaan Hari Raya Aidlifitri tertinggi dengan 7 klusters.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri-negeri lain seperti Kelantan mencatatkan lima (5) kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing dengan dua kluster (7.7 peratus).

“Sejak 13 hingga 28 Mei 2021, sebanyak 26 kluster yang berpunca dari sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM.

“Untuk makluman, seramai 4,047 individu telah disaring yang mana sebanyak 1,019 kes telah dikenalpasti positif dalam kluster-kluster ini, iaitu kadar positiviti 25.1 peratus.

“Daripada jumlah kes positif tersebut, dua (2) kematian telah dilaporkan sehingga kini dan satu (1) kes sedang mendapatkan rawatan di ICU,”beliau berkata di satu kenyataan media.

Dr Noor Hisham juga berkata adalah dijangkakan jumlah kes dan bilangan kluster-kluster ini akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah.

“Meskipun Kerajaan telah menetapkan bahawa ziarah raya dan penganjuran majlis perayaan tidak dibenarkan, namun masih ramai yang tidak endah larangan ini yang mengakibatkan tercetusnya kluster-kluster baru COVID-19 sehingga ada yang mengakibatkan kes maut.

“Melihat situasi seperti di atas, KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat mengambil iktibar dan tidak mengulanginya bagi Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang akan disambut tidak lama lagi.”

“Begitu juga bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya berpanjangan sehingga satu (1) bulan.

“Masyarakat diingatkan bahawa larangan merentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung mengunjung bagi menyambut perayaan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.