KOTA KINABALU: Penularan Covid1-19 untuk kluster Patuma berpunca daripada sikap jemaah masjid Al Falah di Kepayan.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata berdasarkan siasatan awal, kes indeks
dipercayai mendapat jangkitan daripada jemaah yang gagal mematuhi SOP ketat sepanjang berada di masjid terbabit.
“Selain itu, potensi penularan juga disumbang oleh segelintir jemaah yang masih hadir ke masjid walaupun mempunyai gejala.”
Kluster Patuma di Kota Kinabalu mula direkodkan pada 18 Mei 2021 menerusi saringan bergejala di klinik swasta.
Kes indeks merupakan pemandu grab, lelaki, 55, yang juga bilal di Masjid tersebut.
“Tindakan pantas dengan menjalankan saringan kontak dan mendapati 10 lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes.
“Setakat hari ini, 133 sampel pertama telah diambil dan 33 sampel lagi masih belum selesai.”