Polis tahan ahli politik didakwa cabul peserta Unduk Ngadau

KOTA KINABALU, 3 Jun 2021: Polis telah menahan seorang ahli politik yang didakwa mencabul peserta Unduk Ngadau Kaamatan 2021.

Penahanan itu dibuat hari ini selepas ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu selesai mengadakan sidang media di pejabatnya, pada 12.30 tengah hari.

Laporan berita mengatakan pihak polis turut menghabiskan lebih 30 minit di pejabatnya sebelum suspek dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Suspek yang juga penyelaras salah satu kawasan Parlimen parti STAR dan ketua pasukan teknikal dalam Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan 2021 turut didakwa mengasari pengawal keselamatan di Dewan KDCA.

Penahanannya dilakukan berikutan laporan polis yang dibuat mengenai dua insiden yang berlaku secara berasingan.

Terdahulu, suspek memberitahu para pemberita bahawa dia sudah memfailkan saman sivil terhadap peserta Unduk Ngadau, pegawai Rela dan portal berita berhubung dakwaan terbabit yang dinafikannya sebagai palsu.

Semalam, Setiausaha Agung Star, Senator Datuk Guandee Kohoi, berkata parti telah mengambil tindakan tegas menggantung jawatan ahlinya sebagai penyelaras kawasan Parlimen selepas didakwa terlibat dalam salah laku.

Beliau turut berkata lembaga disiplin parti akan bersidang bagi menentukan sama ada menggantung keahlian atau memecat individu itu daripada parti.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.