Bakat Sabah dipelawa sertai cabaran menyelesaikan isu sosial dan alam sekitar

KOTA KINABALU: Sabah memiliki ramai bakat yang mampu membantu mencari penyelesaian terhadap isu penting berkaitan alam sekitar dan sosial yang berlaku di negeri ini.

Bagi mencapai hasrat itu, usaha mencari dan memupuk kebolehan golongan berkenaan perlu dilaksanakan dengan sokongan pelbagai pihak berkepentingan yang terdapat dalam ekosistem.

Dengan merujuk kepada Cabaran Pemecut Impak Sosial (SICA), Pengurus Besar Pusat Inovasi dan Ekonomi Kreatif Sabah (SCEIC), Viviantie Sarjuni, berkata rakyat negeri ini wajar mengambil bahagian dalam inisiatif itu untuk membawa perubahan dalam isu berkaitan.

Dianjurkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), SICA adalah cabaran penyelesaian masalah yang mencari langkah dipacu secara komersial membabitkan empat cabaran utama.

Ia termasuk Memantapkan Perkhidmatan Warga Tua Malaysia, Mengitar Semula Sisa Sungai Kepada Kekayaan, Pendidikan Masa Depan dan Inovasi Untuk Kanak-Kanak.

Cabaran berkenaan turut membabitkan rakan lain seperti Khazanah Nasional, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Selangor Maritime Gateway dan Citrine Capital.

Perniagaan yang dipacu impak terpilih akan mendapat laluan kepada padanan jawatan sokongan pemecut, bimbingan, peluang dana, jaringan dengan pakar industri, selain peluang untuk meneroka perolehan kerajaan melalui Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK).

Viviantie yang juga pengasas kumpulan komuniti Borneo Startups Community (BosCo), berkata semua isu berkenaan bukan saja penting di Sabah, malah di seluruh negara.

Beliau menambah, Sabah mempunyai demografi yang berbeza dengan tanah yang luas dan populasi yang tinggi, menjadikan cabaran lebih ketara di Sabah dan Borneo amnya.

“Populasi warga tua (berumur 65 tahun ke atas) meningkat kepada dua peratus pada 2020 dan ini juga bermakna terdapat keperluan untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik dan mengaktifkan golongan warga tua.

“Ia merujuk kepada keperluan untuk warga tua terus menjalani kehidupan dalam komuniti dengan tahap kebebasan masing-masing berbanding tinggal di rumah penjagaan warga tua.

“Kita juga memiliki kira-kira 50 batang sungai di Sabah dan Sarawak,100 di Semenanjung dengan cabaran utama dihadapi ialah pencemaran sungai,” katanya.

Bagi pendidikan dan inovasi, Viviantie berkata penyelesaian ke arah menyediakan kualiti yang tepat kepada kedua-duanya sangat mustahak dalam menyediakan generasi muda Sabah dengan pengetahuan dan kemahiran bagi mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat kepada kanak-kanak di Malaysia.

“Pada 2020, Sabah memiliki populasi kedua tertinggi dan juga termiskin di Malaysia.

“Pendidikan berkualiti sudah tentu satu daripada penyelesaian yang boleh memperbaiki kedudukan semasa dan tahun yang mendatang,” katanya.

SCEIC, satu inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bekerjasama dengan MaGIC sebagai rakan bagi mempromosi inisiatif untuk rakyat Sabah bersama dengan sektor kerajaan, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Amiruddin Abdul Shukor, berkata SICA adalah platform yang menggabungkan pereka cipta berpotensi tinggi bagi memecut impak model pembangunan masing-masing ke arah pasaran yang lebih besar.

“Kita berharap dapat menghubungkan inovasi penyelesaian baharu kepada rakan kita dalam menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama meningkatkan pasaran produk dan perkhidmatan. Ini adalah situasi menang-menang kepada semua – rakyat, planet dan keuntungan,” tambahnya.

Maklumat lanjut mengenai SICA boleh diperolehi melalui laman sesawang http://www.mymagic.my/sica.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.