Masyarakat KDRMS Muslim Raikan Kaamatan Secara Maya

Perayaan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfitri Online 2021 KDRMS Muslim yang diadakan secara maya mendapat sambutan mengalakkan daripada masyarakat KDMRS.

KOTA KINABALU – Walaupun sudah memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim namun ia bukan penghalang bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai (KDMRS) terus menyambut pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun di negeri ini.

Sambutan yang diadakan secara maya kali ini turut mendapat sambutan mengalakkan apabila hampir 9,000 masyarakat KDMRS dan institut agama membabitkan 43 kawasan atau daerah seluruh negara menyertainya.

Menurut Pengerusi KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester, sambutan ini ada objektifnya yang tersendiri terutama bagi masyarakat KDMRS di negeri ini.

Nicholas menghadiri sambutan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfotri Online 2021 KDRMS Muslim yang diadakan secara maya pada Sabtu lalu.

“Antaranya adalah untuk memberi pengetahuan, kefahaman serta penghayatan aspek budaya Momogun Muslim yang selari dengan syariat Islam.

“Selain itu, kita mahu ketengahkan identiti patuh syariah masyarakat KDMRS muslim kepada masyarakat di Sabah dan Semenanjung,” katanya selepas menyertai sambutan perayaan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfotri Online 2021 KDRMS Muslim pada Sabtu lalu.

Katanya lagi, menerusi sambutan ini walaupun diadakan secara dalam talian ia turut mewujudkan jalinan hubungan persaudaraan antara masyarakat KDMRS dengan seluruh masyarakat majmuk.

“Kita juga mahu memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk bahawa perayaan kebudayaan ini tetap boleh diraikan dalam batas-batas Islam.

“Secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat persahabatan, keharmonian dan kesejahteraan dalam hidup berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Terdahulu, sambutan yang dianjurkan oleh KDMRS Muslim bersama Hidayah Centre Foundation turut mendapat kerjasama daripada Gabungan Dakwah Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Masidi turut hadir menyambut perayaan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfotri Online 2021 KDRMS Muslim yang diadakan secara maya pada Sabtu lalu.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah merangkap Menteri Kewangan 2 Sabah, Datuk Masidi Seri Manjun.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.