Kolaborasi pelbagai pihak penting untuk menyelesaikan masalah lautan

KOTA KINABALU: Pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk menyelesaikan permasalahn berkaitan lautan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata ia adalah amat penting untuk menerapkan konsep Quadruple Helix iaitu kolaborasi antara universiti, industri, kerajaan dan komuniti.

Kolaborasi tersebut adalah untuk menyumbang secara berkesan kepada masyarakat dan negara dalam konteks mendepani cabaran menyelesaikan permasalahan berkaitan lautan akibat kesan pencemaran, penangkapan ikan berlebihan, penurunan habitat, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim. 

“Ekonomi lautan atau Ekonomi Biru memfokuskan dua perkara iaitu penggunaan sumber laut yang mampan untuk pertumbuhan ekonomi, dan peningkatan terhadap kehidupan dan pekerjaan. 

“Di Malaysia, Ekonomi Biru menyumbang kepada 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan nilai 63 bilion dolar Amerika pada tahun 2015, serta memberi pekerjaan kepada empat juta orang di negara ini,” kata Taufiq semasa  sambutan Hari Lautan Sedunia yang berlangsung melalui platform secara dalam talian. 

Beliau berkata sambutan tersebut merupakan tahun kedua walaupun dengan kepelbagaian cabaran akibat situasi pandemik COVID-19.

“Pada tahun ini, kita meraikan tiga acara bermakna, iaitu sambutan Hari Lautan Sedunia, Hari Segitiga Terumbu Karang, dan Hari Penyu Sedunia.

“Ini menunjukkan betapa pentingnya lautan kita yang menghasilkan lebih daripada separuh oksigen dunia, mengatur pola iklim dan cuaca, serta menjadi rumah bagi pelbagai spesies yang memainkan peranan penting dalam ekosistem kita. 

“Dengan menjaga lautan, kita mampu memastikan kelangsungan hidup untuk generasi masa depan kerana peranannya sebagai laluan pengangkutan dan perdagangan serta memberi kita pelbagai manfaat dari sudut ekonomi, makanan, rekreasi dan perubatan” katanya.

Taufiq menambah, tema sambutan tahun ini, iaitu The Ocean: Live and Lifelihoods adalah berkisar tentang kebergantungan manusia terhadap lautan dalam kehidupan dan ekonomi.

“Saya yakin IPMB turut melaksanakan usaha penyelidikan inovatif dan mengenal pasti penyelesaian yang menyumbang kepada kelestarian dan daya tahan ekosistem lautan kita. 

“Sambutan Hari Lautan pada hari ini amat bertepatan sebagai platform untuk membawa komuniti menghargai lautan dan memberi kesedaran terhadap ancaman-ancaman yang dihadapi,” ujar Taufiq. 

Program anjuran IPMB dan Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang Cawangan Sabah menyaksikan beberapa aktiviti akan berlangsung secara maya menerusi platform Zoom dan siaran secara langsung di laman Facebook Institut Penyelidikan Marin Borneo sepanjang bulan Jun ini.

Antaranya STEM Speaker Series, lawatan secara maya ke Akuarium dan Muzium Marin serta Hatceri UMS, pertandingan fotografi, pertandingan melukis, mewarna dan bercerita yang melibatkan pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan kanak-kanak di Pusat Minda Lestari UMS, dan sebagainya. 

Program tersebut turut melibatkan pelbagai agensi luar antaranya Kementerian Alam Sekitar dan Air, U-Science dan Rakan Akuakultur UMS sebagai penganjur bersama, serta kolaborasi dari Malaysian Ocean Youth Ambassador, Tanjung Aru Marine Ecosystem Centre, dan Scubazoo.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.