Kluster Lot melibatkan rakan sekerja AIM yang ulang alik Labuan.

KOTA KINABALU: Seorang pegawai lelaki di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mencetus kluster Lot Sembilan di Beaufort dan Kuala Pentu.

Kluster tersebut mula direkodkan di Hospital Beaufort apabila kes indeks berumur 36 tahun di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuala Penyu dikesan positif dalam saringan bergejala pada 24 Mei 2021.

“Saringan kontak kemudiannya mendapati 11 pekerja AIM positif COVID-19, termasuk empat (4) orang yang berulang-alik bertugas di Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Labuan.

“Hal ini telah membawa kepada penularan wabak dalam kalangan ahli keluarga yang kini mencatat jumlah kumulatif sebanyak 24 kes,” menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Baru-baru ini, kerajaan Sabah juga telah menetapkan sempadan Labuan-Sabah ditutup serta merta untuk mengawal penularan jangkitan.

Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beaufort dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Penyu kini sedang giat menjalankan pengesanan kontak secara lebih komprehensif dan meluas bagi membendung penularan wabak dalam kalangan komuniti.

Satu lagi kluster, Jalan Wisma, Kota Kinabalu melibatkan tujuh (7) kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja B Bang Capsule Hotel, di pusat bandar raya.

Kes indeks merupakan lelaki, 24, tukang masak di hotel tersebut dikesan positif melalui
saringan bergejala di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Harington pada 04 Jun 2021 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Susulan kes itu, 25 sampel telah diambil dan mendapati enam (6) lagi kes positif, 12 negatif sementara enam (6) sampel masih menunggu keputusan.


Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan COVID-19 berpunca daripada kurangnya pemahaman mengenai pematuhan SOP yang ketat dalam kawasan tempat kerja.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.