Community

Capaian Internet Lemah, Anak Nelayan Raih 8A SPM


KOTA KINABALU: Sukar mendapat capaian internet kerana tinggal di kawasan pulau, itu antara cabaran yang terpaksa dihadapi seorang calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran, yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Siti Noraishah Asmat, 18, yang mendapat keputusan 8A dan 1D menetap di Pulau Tetabuan, Beluran dan terpaksa menaiki bot selama setengah jam untuk ke sekolah.

“Kampung saya terletak di kawasan pulau dan capaian internet di rumah memang lemah menyebabkan saya sukar mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Jadi saya terpaksa merayau seluruh kawasan rumah yang terletak berhampiran dengan pantai untuk mendapatkan rangkaian internet terutama ketika sedang belajar ‘online’,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya lagi, disebabkan keluarganya juga dari golongan kurang berkemampuan dia juga tidak dapat membuat pembelian data internet secara kerap.

“Bapa saya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan keluarga hanya sekitar RM350 sebulan menyebabkan saya tidak dapat membeli data internet setiap masa.

“Biasanya saya akan menggunakan data internet secara ‘hotspot’ daripada ahli keluarga lain termasuk bapa atau ibu saudara untuk mengikuti PdPR.

“Telefon pintar pun hanya dapat dibeli pada tahun lalu dengan mengunakan wang biasiswa kerana keperluannya untuk mengikuti PdPR,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Siti Noraishah berkata, dia tidak menyangka kesukaran yang dihadapi membuahkan hasil dengan mendapat keputusan yang cemerlang.

“Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana salah satu mata pelajaran yang diambil mendapat keputusan kurang memuaskan kerana kesukaran untuk fokus disebabkan capaian internet yang lemah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.