Community

Lapan Lagi Kampung Dapat Ikan Percuma

RANAU: Lapan lagi kampung di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang menerima 1,000 kilogram (kg) ikan yang disumbangkan daripada pembekal semalam.

Menurut Fadzil John Anthony yang juga Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam, program atau inisiatif menyumbangkan ikan kepada penduduk diteruskan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Kesukaran untuk penduduk keluar ke pekan malah barang keperluan seperti ikan segar sukar untuk didapati di kawasan ini menyebabkan inisiatif ini diteruskan.

“Untuk semalam, sebanyak 1,000 kg lagi ikan di bawa ke Kundasang dan diedarkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan lapan kampung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Malinsau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadzil John (dua dari kanan) bersama Setiausaha Politik, Yubidi Gompyo (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan ikan kepada penduduk di bawah DUN Kundasang.

Katanya lagi, lapan kampung yang terlibat adalah Kampung Mampakot, Kampung Tinindoi, Kampung Linapasan, Kampung Tadi, Kampung Mokodou, Kampung Kepuakan, Kampung Sumbilingon dan Kampung Pulutan.

“Diharap dengan pengagihan sumbangan ikan ini dapat mengurangkan bebanan penduduk di kawasan terlibat,” katanya.

Penduduk sekitar Kundasang sukar mendapat bekalan ikan sejak PKP 3.0 dilaksanakan pada 1 Jun lalu.

Pada Khamis lalu, sebanyak sembilan kampung di DUN Kundasang turut menerima 1,000 kg ikan daripada pembekal.

Inisiatif itu dilaksanakan oleh Joachim melalui pegawainya selepas mendapati penduduk kampung sukar untuk mendapatkan barangan keperluan terutama ikan di kawasan tanah tinggi itu.

1 comment

  1. Alhamdulillah..aktivit kemanusiaan perlu diteruskan dari semua lapisan NGO mahu pun pemerintah. Semoga semua yang terlibat diberikan kesehatan,panjang umur dan dilimpahi rezeki.Aamiin.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.