Kadar vaksinasi Sabah akan bertambah kepada 30,000 sehari

KOTA KINABALU: Kadar vaksin harian di Sabah akan bertambah kepada 30,000 orang sehari mulai Julai 1 berbanding 13,000 sekarang.

Usaha kerajaan negeri memperhebatkan pelbagai strategi termasuk membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dan pendaftaran jangkau luar komuniti, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Setakat 13 Jun 2021, katanya seramai 249,945 atau 8.5 peratus daripada 2.932.700 penduduk Sabah yang disasarkan, telah menerima dos pertama vaksin, sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada 26 Februari lalu.

“Pelbagai usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan jumlah penduduk menerima vaksin seperti membuka lebih banyak PPV.

“Ini termasuklah PPV Wisma Wanita, iaitu salah satu daripada 16 PPV awam yang dibuka pada bulan ini,” katanya sempena lawatan ke PPV Wisma Wanita, di sini hari ini.

Ketika ini, sebanyak 72 fasiliti kesihatan dan 23 PPV awam beroperasi bagi membantu program imunisasi yang sedang giat dilaksanakan serta mula diperluaskan kepada penduduk Sabah berumur 18 tahun ke atas.

Antara PPV awam yang telah mula operasi termasuk Wisma Wanita mula beroperasi pada 14 Jun yang berkapasiti 400 orang yang digunakan untuk pemberian vaksin kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan yang bertugas di Kota Kinabalu serta kepada penduduk setempat.


Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan perkhidmatan awam yang sentiasa berada di lapangan dan bertemu orang ramai seperti pemandu, penghantar barang, pegawai kaunter dan anggota polis, Jabatan Air, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendidikan.

Seramai 20,549 penjawat awam negeri di seluruh Sabah manakala 107,172 pula adalah penjawat awam Persekutuan.

Bagi penjawat awam yang bertugas di daerah, mereka akan menerima vaksin di PPV sedia ada di kawasan masing-masing.


Hajiji berkata, Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah membuka PPVnya dengan kapasiti 1,000 orang setiap hari mulai 14 Jun, untuk memenuhi keperluan pensyarah dan pelajar universiti serta penduduk berhampiran.

Kerajaan negeri hargai sumbangan pihak swasta sebagai PPV


Beberapa PPV awam lain akan mula beroperasi pada bulan ini antaranya PPV Dewan Masyarakat Menggatal, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Dewan Serbaguna Libaran, Dewan Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung, di Tawau.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menghargai penglibatan pihak swasta dalam PICK Sabah dengan membenarkan fasiliti dan kakitangan mereka digunakan untuk program berkenaan.

Hospital Gleneagles dan Rafflesia Medical Center dan 36 buah klinik swasta juga terlibat dalam memberi vaksin kepada penduduk di negeri ini.

“Pengurusan Pacific Sutera juga telah membenarkan penggunaan fasiliti hotel untuk dijadikan PPV dan sebagai CSR (tanggungjawab sosial korporal) mereka.


“Kerajaan negeri merakamkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memasukkan Sabah dalam pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dalam Fasa 4 yang akan bermula Julai ini,” katanya.


SICC berkapasiti 3,500 orang sehari, juga akan dijadikan sebagai PPV bagi PIKAS di Sabah untuk pemberian vaksin kepada pekerja industri, kilang dan perkhidmatan ekonomi (economic services) yang lain.

26 pasukan terlibat untuk program bergerak vaksinasi di pedalaman Sabah.

YAB KM berbual dengan Presiden Sabah Four Wheel Drive Association Faiz Nordin yang membantu menghantar vaksin ke kawasan pedalaman.
YAB KM berbual dengan Presiden Sabah Four Wheel Drive Association Faiz Nordin yang membantu menghantar vaksin ke kawasan pedalaman.

Ketua Menteri berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah memulakan Program Bergerak (mobile outreach) ke pedalaman melibatkan 26 pasukan iaitu satu pasukan untuk satu daerah, bermula 18 Mei 2021.


Turut membantu ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghantar pasukan perubatannya untuk memberi vaksin kepada penduduk di pedalaman negeri ini menerusi Program Jiwa Murni.

Lokasi pertama untuk program ini akan diadakan di Long Pasia. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Persatuan Pacuan Empat Roda (4WD) kerana membantu membawa vaksin dan pegawai perubatan ke kawasan pedalaman di negeri ini.

Mengenai pendaftaran penerima vaksin, Hajiji berkata seramai 670.282 orang atau 22.9 peratus penduduk di Sabah telah mendaftar untuk vaksinasi setakat 13 Jun 2021.


Program Jangkau Luar Komuniti untuk mendaftar penduduk sebagai penerima vaksin COVID-19 diketuai oleh Jabatan Penerangan Sabah bersama 3 jabatan/agensi Negeri dan Persekutuan telah digerakkan dan dipertingkatkan, bagi memastikan lebih ramai penduduk pedalaman, mendaftar.


Sabah terima lebih banyak bekalan vaksin termasuk Astrazeneca

Mengenai bekalan vaksin ke Sabah, beliau berkata bekalan vaksin akan diterima setiap minggu dan mengikut perancangan, pada bulan ini.

“Sabah akan menerima lebih banyak bekalan vaksin pada bulan Julai dan seterusnya,” katanya sambil menambah jenis bekalan vaksin ke Sabah adalah Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, setakat ini.

Katanya, kerajaan negeri yakin program imunisasi di Sabah akan mencapai matlamat imuniti berkelompok mengikut jadual yang ditetapkan, dengan pelbagai usaha diambil termasuk penyediaan vaksin yang konsisten.

Hajiji Noor

“Kita berharap imuniti berkelompok dapat dicapai pada akhir tahun ini sekali gus mengekang penularan COVID-19.

Hajiji Noor
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.