Sabah capai imuniti kelompok akhir tahun ini, kata Hajiji

KOTA KINABALU: Sabah berharap dapat mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yakin dapat mencapai sasaran tersebut dengan kerajaan negeri memperhebatkan usaha dan strategi yang akan menyaksikan 2.9 juta penduduknya menerima suntikan vaksin.

Setakat 19 Jun, seramai 326,556 orang termasuk anggota tentera telah menerima dos pertama dalam fasa pertama dan kedua.

Semasa pelancaran maya Kempen Sifar Covid-19 Sabah, Hajiji berkata mulai bulan depan, Sabah dapat mencapai sasaran 30,000 orang yang akan diberi vaksin setiap hari.

“Dengan pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV), ditambah dengan bantuan daripada sektor swasta dan program bergerak Jabatan Kesihatan di kawasan luar bandar, kami akan dapat mencapai sasaran ini,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri telah mengarahkan semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di seluruh negeri untuk menggerakkan proses pendaftaran secara agresif di semua daerah bagi mempercepatkan program vaksinasi.

Minggu lalu, Hajiji mengumumkan sebanyak 16 PPV baru dibuka bulan ini sebagai tambahan kepada 95 yang kini beroperasi bagi membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang mula diperluas kepada penduduk Sabah berumur 18 tahun ke atas.

Ketika ini, sebanyak 72 fasiliti kesihatan dan 23 PPV awam beroperasi di seluruh negeri, tambahnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.