MENUMBOK: Seramai 130 pengusaha bot penambang laju Menumbok termasuk pekerja terputus sumber pendapatan harian semenjak selepas perintah kawalan pergerakan dilakukan.
Pengerusi Persatuan Penambang Bot Laju Menumbok (PPBLM) Mohamad Sait berkata, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama,penguasa bot penambang laju Menumbok sudah mula terkesan bagaimanapun ketika itu mereka boleh beroperasi walaupun tidak sepenuhnya.
Menurut beliau selepas pilihanraya negeri ,PKP 2 dan PKP 3 dikuatkuasakan ianya merupakan saat yang paling getir.
“ Penularan pandemik virus COVID-19 tidak akan secepat itu berakhir apa lagi ketika ini Labuan terjejas terok dengan penularan tersebut menyebabkan bot kami tidak dapat beroperasi ke sana” Tambah Mohamad
Beliau juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri diatas sumbangan kepada ahli-ahli persatuan tersebut yang terkesan sumber pendapatan mereka ekoran penularan pandemik COVID-19 .
“ Alhamdulillah kerajaan negeri amat prihatin melalui beberapa agensi hari ini tampil mengulurkan sumbangan, kami amat berterima kasih khususnya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd Arifin Arif yang amat cakna dengan nasip kami selain beberapa individu yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ahli-ahli kami” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan tersebut di sini kemarin.
Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd.Arifin Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury ,Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Ongki, Pengurus Besar Perbananan Baitulmal Negeri Sabah Salman Nurilah Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim.
Di majlis tersebut Perbananan Baitulmal Negeri Sabah menyumbang sebanyak RM13,000.00 Bahagian Zakat dan Fitras Majlis Agama Islam sabah RM5,000.00 selain sumbangan bakul makanan dari Yayasan Dakwah Malaysia Cawangan Sabah (YADIM) dan juga seorang penguasa acara dari SR Events Production Haji Sharom Abd. Ghaffae yang turut menyumbangkan baucer untuk pembelian barangan.
Mohamad berkata dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringaknan beban ahli persatuan dan keluarga mereka yang mana kebergantungan mereka mencari sumber pendapatan harian hanya bergantung sepenuhnya kepada aktiviti tersebut.
Beliau juga turut menzahirkan harapan agar bantuan “One Off” dibawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.
Sementara itu oleh Arifin ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, sumbangan tersebut merupakan sumbangan dari Syarikat yang berkaitan Kerajaan (GLC) dibawa program tanggungjawab sosial mereka untuk sama-sama membantu rakyat di negeri ini yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19