Community

Ratu UN Maya Hejnoswka dilantik duta IKS Sabah

KOTA KINABALU: Sempena kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah”, juara Unduk Ngadau Kaamatan telah dilantik sebagai duta produk Industri Kecil Sederhana Sabah.

Maya Hejnoswka, 20, menerima watikah pelantikannya di satu majlis ringkas yang diadakan di Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) di sini hari ini.

Ia disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Dr. Joachim berkata pihak kementerian telah bekerjasama dengan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) bagi melantik Maya sebagai Duta Produk IKS Sabah selama setahun.

Maya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan akan mempromosikan produk IKS Sabah termasuklah berlakon dalam klip video Kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah”.

Sebagai duta, Maya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan akan mempromosikan produk IKS Sabah termasuklah berlakon dalam klip video Kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah”. Dia juga dikehendaki menghadiri majlis perasmian kempen serta mengikuti pameran atau ekspo dalam negeri yang akan dianjurkan oleh MID.

Terdahulu, Dr. Joachim berkata Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah untuk membantu industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini tidak lama lagi.

“Kempen tersebut bertujuan untuk memperkenalkan produk buatan usahawan IKS Sabah kepada masyarakat di negeri ini dan masyarakat luar. Ini untuk menggalakkan pengguna menyokong serta membeli barangan buatan Sabah.

“Selain itu, katanya, kempen ini juga adalah untuk membantu mengembangkan pasaran usahawan IKS ke peringkat negeri dan luar negeri.

“Kempen ini juga bertujuan untuk membantu usahawan IKS Sabah meningkatkan semula hasil jualan akibat penularan pandemik Covid-19 dan seterusnya menambah peluang pekerjaan dalam sektor perusahaan kecil,” katanya lagi.

Dr. Joachim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menjelaskan pada masa ini, terdapat 4,000 lebih produk usahawan IKS Sabah telah berada di pasaran tempatan dan 2,340 produk yang telahpun berdaftar dalam platform rasmi e-dagang kementerian iaitu aplikasi GoBiz.

Selain itu, pihak kementerian juga telah mengenal pasti Slogan, Logo dan Lagu Rasmi dicipta khas untuk kempen Belilah Barangan Buatan Sabah ini. Ia akan diberitahu sewaktu pelancarannya kelak.

“Progam ini adalah salah satu Inisiatif Kementerian Pembangunan Perindustrian di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya untuk tahun 2021.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Yang Berhormat, Tuan Tamin Zainal; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian; Thomas Logijin dan dan Pengerusi Unduk Ngadau Kaamatan 2021, Joana Datuk Kitingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.