Community

500 penduduk kampung Long Pasia bakal menerima vaksin

SIPITANG: Seramai 500 penduduk kampung di sini dan kampung berhampiran akan menerima vaksin menerusi program yang akan diadakan selama dua hari.

Program tentera yang pertama ” Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccination Programme” (ACMVP) bermula di Long Pasia.


Ia diadakan bersama dengan program bergerak kerajaan (mobile outreach), Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan sukarelawan belia kampung berkenaan.


Tongod, Nabawan dan Semporna akan menjadi destinasi Jiwa Murni yang seterusnya bermula bulan Julai hingga Ogos dan September pada tahun ini.


Memuji usaha tentera atas inisiatif ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berharap lebih banyak usaha seperti ini dapat dilaksanakan di daerah lain untuk mempercepatkan proses vaksinasi.


Setakat 23 Jun, lebih daripada 350,000 orang telah menerima vaksin termasuk kira-kira 10,000 anggota tentera manakala lebih 30 peratus telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.


Kami berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang yang diberi vaksin setiap hari mulai bulan Julai ini, apabila lebih banyak vaksin sudah tersedia.


Terdahulu, dalam taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Sipitang, Ag Raimy Pg Abdul Rahman, Ketua Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM570,000 untuk dua jambatan gantung, gereja, pos tentera dan menaiktaraf sekolah.


Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr Zulkapli Mohammad dan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.