Kerajaan Sabah akan melakukan restorasi terumbu karang di Mabul

Kenyataan Media 26 Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

SEMPORNA: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan memastikan Terumbu karang yang rosak akibat dilanggar sebuah tongkang yang membawa bahan binaan di perairan pulau Mabul semalam untuk menjalani proses restorasi.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataannya hari ini berkata pihaknya sudah mengarahkan para penyelam dari Taman-Taman Sabah bersama Jabatan Perikanan untuk membuat penilaian awal tahap kerosakan dan merancang program restorasi kawasan terumbu karang yang rosak.

“Selain membuat penilaian tahap kerosakan, jika sesuai, proses restorasi awalan juga akan dilaksanakan serta-merta untuk posisikan semula terumbu karang yang rosak dan terbalik agar boleh terus hidup.

“Berdasarkan maklumat awal, barge membawa muatan bahan binaan bagi projek pembinaan ESSCOM Front Operation Base (FOB) di pulau terbabit adalah di bawah syarikat Hartamas Borneo Sdn Bhd,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Mengikut rekod di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), projek pembinaan FOB tersebut telah diberikan kelulusan Laporan Cadangan Langkah-Langkah Pengurangan (PMM Report) pada 8 Februari lalu.

Walau bagaimanapun, JPAS akan meneruskan siasatan berhubung perkara terbabit untuk meneliti jika ada pelanggaran dalam syarat kelulusan PMM yang telah dikeluarkan.

“Dalam pada itu, beberapa pegawai daripada pejabat Daerah Semporna bersama agensi-agensi pelaksana juga telah membuat pemeriksaan tapak pagi tadi dan Barge tersebut telahpun dialihkan daripada kawasan terumbu karang tersebut.

“Untuk rekod, kawasan terbabit tidak terletak dalam mana-mana kawasan yang dilindungi sama ada di bawah Taman-Taman Sabah atau Jabatan Hidupan Liar dan ini menyukarkan penguatkuasaan undang-undang.”

Jabatan Perikanan Sabah juga tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menangani kerosakan terumbu karang di luar kawasan yang dilindungi kerana tidak terkandung dalam Akta Perikanan, 1985.

“Walau bagaimanapun, jika terdapat kekurangan daripada segi bidang kuasa dan penguatkuasaan, ia akan ditangani bersama untuk memastikan kita mempunyai peruntukan undang-undang untuk perlindungan dan penguatkuasaan, khususnya mengenai alam sekitar.

“Perkara ini serius kerana merosakkan terumbu karang yang umumnya mengambil masa ratusan tahun untuk tumbuh dan jarang ditemui selain menjadi habitat pembiakan pelbagai hidupan marin”.

Apatah lagi perairan di sekitar daerah Semporna menjadi salah satu tumpuan selam SCUBA di kalangan para pelancong dalam mahupun luar negara.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.