Community

Rumah Agnes Keith, produk “Dark Tourism” Sabah.

SANDAKAN: Rumah Agnes Keith bakal dibangunkan sebagai pelancongan yang berteraskan kegelapan atau lebih dikenali sebagai “Dark Tourism”.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata perancangan telah dibuat oleh Jabatan Muzium menerusi program E-Seram. 

Ianya akan memberi peluang kepada pengunjung untuk bermalam dirumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan penulis tersohor Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George.

Walau bagaimanapun program itu terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun lepas.

Tambahnya lagi, banyak lokasi di negeri Sabah yang menyimpan sejarah peperangan, kemusnahan atau tragedi yang mampu diangkat untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Mungkin ramai yang tidak tahu rumah agam di atas bukit itu hmenyimpan cerita misteri. 

Antara catatan Agnes termasuk pengalaman seram yang sering dilalui sepanjang tinggal di rumah berkenaan.

Agnes menulis: “Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.”

Seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967 hingga 1968 pula terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga.

Banyak lagi catatan dalam bentuk makalah yang turut dipamerkan di satu sudut rumah itu yang menceritakan kejadian seram dialami penghuni rumah berkenaan.

Ia membuktikan di sebalik keunikan serta sejarahnya, Rumah Agnes Keith turut menyimpan cerita misteri yang pastinya menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.