99speedmart sokong kempen #benderaputih

KOTA KINABALU: Kempen #benderaputih telah menarik perhatian Kedai 99speedmart untuk turut menolong mereka yang ditimpa kesusahan disebabkan pelaksanaan PKP.

“99speedmart menyahut baik kempen ini, jika anda nampak bendera putih ini digantung di mana-mana rumah atau di kawasan jiran tetangga anda sendiri, sila salurkan maklumat seperti berikut melalui WhatsApp 010-500 0099 atau pun Facebook 99speedmart (Private Message (PM) sahaja)”

Antara maklumat yang diperlukan adalah alamat tempat tinggal dan gambar rumah yang menegakkan bendera putih.

Menurut 99speedmart, kempen tersebut akan bermula Julai 1 sehingga Julai 14 dimana kedai tersebut akan memberi bantuan 1,000 pek sehari.

“Jangkamasa penghantaran adalah 24 jam dan (tertakluk untuk) kediaman yang berhampiran dengan cawangan 99speedmart sahaja.”

Kempen bendera putih merupakan inisiatif untuk menolong mereka yang terputus bekalan makanan untuk meminta bantuan tanpa rayuan dengan mengibarkan kain putih.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.