Polis terima rasuah RM3,500 ditahan SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang anggota polis kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah bernilai RM3,500.

Anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di sebuah daerah di Sabah telah meminta wang tersebut daripada seorang warga Pakistan.

Tuntuan tersebut adalah sebagai balasan untuk memulangkan semula barangan-barangan yang ditahan berupa sebuah motosikal, buku hutang dan passport milik warga Pakistan tersebut.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 20an itu ditahan di sebuah daerah di Sabah kira-kira jam 11.30 pagi.

“Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah kira-kira RM3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah.”

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurutnya, suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.