215 kes Covid-19 positif di Pulau Gaya, sebahagian telah larikan diri

KOTA KINABALU: Penduduk kampung yang telah melarikan diri dari Kg.Pondo, Pulau Gaya digesa untuk kembali ke kampung tersebut.

Jurucakap Covid-19 Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kampung Pondo adalah dalam kawasan PKPD.

Penduduk kampung tersebut haruslah balik dengan KADAR SEGERA bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada komuniti lain.

“Balai Polis Pulau Gaya pada ketika ini juga sedang mempergiat usaha mengesan semua 69 suspek yang dipercayai melarikan diri ketika berangkat ke PKRC.

“Kegagalan mereka kembali ke Kg. Pondo dan jika tertangkap oleh pihak berkuasa, mereka
boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan akan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4) (Pindaan) (No.16) 2021.”

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu yang terdiri daripada gugusan beberapa buah kampung iaitu Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai, Kampung Pulau Gaya, Kampung Pondo.

Sehingga kini, KKM melaporkan terdapat peningkatan kes yang ketara di perkampungan ini di mana 215 kes positif telah direkodkan hasil dari 1,339 ujian saringan yang dilakukan dengan 25 sampel saringan masih menunggu keputusan.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu berkuatkuasa 08 Julai sehingga 21 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.”


Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan keluar dan masuk ke lokaliti ini sekaligus mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 keluar dari lokaliti tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penduduk dari Kg
Pondo, Pulau Gaya yang mengelak daripada dikenakan PKPD digesa supaya
menyalurkan maklumat tersebut ke balai polis terdekat.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.