Mantan Pengarah Pendidikan Sabah terima anugerah Tokoh Kepimpinan

KOTA KINABALU: Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul telah menerima anugerah Tokoh Kepimpinan sempena Hari Guru Negeri Sabah 2021.

Maimunah,60, merupakan mantan Pengarah Bahagian Profesionalisma Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dan mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Salah satu sumbangan Maimunah ialah usaha beliau memperjuangkan Guru Interim Pendidikan Islam di Sabah sehingga berjaya memberi peluang kepada ramai graduan agama di negeri ini.

Beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dalam dunia pendidikan. Maimunah menerima kalung loket emas, wang tunai RM3000 sumbangan Bank Islam Malaysia dan sijil penghargaan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di PPNS.

Turut menerima anugerah Tokoh Guru adalah mantan Pengetua Cemerlang
(Jusa C) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac Kota Kinabalu, Dr.Shirley Tay
Siew Hong, 60.

Dr.Shirley pula menerima kalung loket emas, RM3000 Sijil Simpanan Premium sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sijil penghargaan.

Sementara itu, kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM148,700 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk sambutan Hari Guru Peringkat Negeri tahun 2021 sebagai mengenang jasa dan sumbangan guru-guru dan warga pendidikan di Sabah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.