KOTA KINABALU: Kluster Penjara Kepayan sahaja menyumbang satu pertiga daripada 647 kes Covid-19 di negeri Sabah.
Terdapat 204 kes baharu berpunca daripada kluster penjara Kepayan iaitu 65.4% daripada 312 kes yg direkodkan di Kota Kinabalu hari ini.
Manakala 44 peratus adalah kluster sedia ada kontak rapat.
Tawau mencatat kes tertinggi dalam kategori ini iaitu 58, diikuti oleh Keningau 39 , Kudat 35, Sandakan 33, Sipitang 25, Beaufort 24.