KOTA KINABALU: Hari ini merupakan “Hari Penjara” Sabah disebabkan separuh jumlah kes berpunca daripada kluster-kluster prnjara.
“Jumlah kes hari ini adalah yang tertinggi setakat ini, yakni 666.
“Hari ini juga boleh dipanggil “Hari Penjara” kerana 50.3% daripada kes di Sabah datang daripada 2 penjara.
“Penjara Kapayan 211 daripada 278 kes bagi Kota Kinabalu (76%) dan Penjara Tawau 124 daripada 145 kes yg dilaporkan di Tawau (85.5%).”
Sebanyak 65.3% (435) semua pesakit (positif) berada dalam Kategori/Tahap 1 (tidak bergejala) & 33.8% (225) dalam Kategori/Tahap 2 (bergejala tanpa radang paru2).
Ini bermakna 99% mereka yg disahkan positif hari ini hanya perlu menjalani rawatan di PKRC (Pusat Kuarantin & Rawatan Covid) & tidak perlu dimasukkan di hospital.