Sabah menunggu bekalan…vaksin diberi keutamaan untuk negeri dengan kes Covid-19 tinggi.

KOTA KINABALU: Sabah masih menunggu bekalan vaksin untuk mencapai immunity kelompok secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin berkata penungguan tersebut disebabkan Kementerian Kesihatan perlu memberi perhatian untuk negeri yang lebih memerlukan.

“Memang matlamat kami adalah untuk memberi vaksinasi secepat dan sebanyak mungkin untuk rakyat Sabah.

“Namun, kami masih menunggu bekalan vaksin kerana kita perlu memberi perhatian dan keutamaan kepada negeri-negeri yang mempunyai kes yang sangat tinggi.

“Sehingga Julai 2021, kita menerima lebih 700 ribu vaksin dan kita sedang giat mempertingkatkan pemberian vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebanyak dua kali ganda khususnya di PPV yang mempunyai populasi tinggi,” katanya selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Isnin.

Kes Covid-19 Sabah disebabkan penularan jangkitan di penjara

Mengulas mengenai peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sabah sejak dua hari lalu, Rose Nani memaklumkan ia adalah disebabkan penularan jangkitan dalam kalangan penghuni tembok.

“Sabah mencatat peningkatan kes dalam dua hari kebelakangan ini adalah disebabkan berlakunya kes di penjara.

“Apabila berlaku kes, Kementerian Kesihatan akan membuat saringan meluas kepada semua anggota dalam penjara dan inilah yang menyebabkan peningkatan kes mendadak.

“Kita sedia maklum bahawa penjara merupakan tempat yang tertutup dan jangkitan mudah berlaku,” jelas beliau kepada media @Jabatan Penerangan Sabah

Bagaimanapun, Rose Nani yang merupakan pakar kawalan penyakit berjangkit yakin peningkatan kes itu boleh dikawal dengan segera menerusi koordinasi oleh pasukan kawalan serta bilik gerakan yang beroperasi setiap hari di semua daerah.

Patuhi SOP Aidiladha esok

Menjelang sambutan aidiladha esok, Dr Rose mengingatkan umat Islam di negeri ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata pematuhan SOP seperti sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, memastikan penjarakan fizikal dan membasuh tangan tersebut mustahak bagi menjamin keselamatan diri, keluarga serta masyarakat sekeliling.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Asits Sanna, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Abd Kahar Abd Asis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Jackson Taguah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Dr Zaiton Tahir./

Sumber kenyataan media: Jabatan Penerangan Sabah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.