KUCHING: Sarawak telah merekodkan 76 lagi kes Covid-19 variant delta di ibu negeri dimana 52 kes dikesan di Kuching.
Sampel daripada kes positif telah diuji antara Jun 7 sehingga Julai 13.
Kes-kes itu dikenal pasti dalam sampel dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok serta beberapa lagi kawasan di Kuching.
Selain itu, varian itu juga dikesan di Serian (11 kes); Samarahan (tiga kes); Sri Aman (lima kes); Sibu, Miri dan Betong masing-masing satu kes.
Pengarah Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS, Profesor Dr David Perera berkata varian tersebut dikesan melalui pengesanan dan pengawasan berterusan varian-varian SARS-COC-2 yang sedang menular di seluruh negeri.
Sebelum ini 17 kes varian Delta dikesan di Kuching di mana kerajaan negeri Sarawak telah tarik semula kebenaran untuk “Dine-in” serta merta.
Varian baharu Delta boleh merebak dengan cepat dalam tempoh 15 saat, menyebabkan kes Covid-19 semakin meningkat di negara ini.
Varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding varian lain iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.