Sabah diberi keutamaan penghantaran vaksin tunggal-KJ

KOTA KINABALU: Sabah diberi keutamaan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino bermula bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia bakal menerima bekalan tiga juta vaksin bulan depan.

Khairy, yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), memberi jaminan itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam pertemuan secara maya di sini pada Jumaat.

“Kami akan membuat penghantaran pertama untuk Sabah dan juga, kami akan memberitahu dan memberi pilihan kepada Sabah mengenai Johnson & Johnson (vaksin satu dos),” tambahnya.

Khairy mengatakan ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Ketua Menteri untuk lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah untuk mencapai sasaran vaksinasi negeri ini iaitu sebanyak 60 peratus menjelang bulan Oktober sekali gus mencapai imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

Hajiji berkata ia penting Sabah dapat menjangkau masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil yang mana mobiliti mereka terkesan oleh keadaan muka bumi yang agak sukar dan jauh.

“Kami telah membuka 177 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri hingga kini, dan dengan kemudahan jangkauan luar (mobile outreach) serta program Vaksinasi Medic Tentera Darat, kami berada di landasan tepat untuk memastikan lebih ramai akan menerima vaksin,” kata Hajiji.

PPV integrasi Sabah akan bermula di SICC

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin, menjelaskan bahawa PPV Integrasi pertama Sabah akan bermula minggu depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).


“PPV Integrasi akan memberi vaksin secara percuma dan membenarkan hospital swasta membantu untuk mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus mengurangkan beban yang dihadapi hospital awam ketika ini,” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.