KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 di Sabah mencecah 712 hari ini dengan semua daerah mencatatkan terdapat kes baharu.
Lebih separuh daripada kes iaitu 383 kes atau 53.8 per cent adalah saringan kontak rapat, diikuti dengan tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 112 kes dan saringan bersasar 88 kes.
Terdapat dua kluster baharu iaitu Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh in Kota Kinabalu merekodkan 9 kes dan 1 kes untuk Kluster Nosoob.
“Peningkatan kes menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi SOP sepenuhnya.
“Kini kita berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi perintah kawalan pergerakan untuk sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemuilhan.”
Jumlah yg tinggi di kalangan kategori kontak rapat juga satu petunjuk bahawa lebih ramai sudah menjadi pembawa virus ini dan kemungkinan telah menjangkiti rangkaian sahabat-sahabatmereka pula.
Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda.