Kluster Jalan Penampang melibatkan pasaraya besar

PENAMPANG: Sebuah premis pasaraya besar telah diarah tutup berikutan pekerja-pekerja mereka dijangkiti Covid-19.

Indeks kluster Jalan Penampang merupakan juruwang wanita, 25, yang disahkan positif COVID-19 pada 26 Julai 2021 melalui saringan bergejala d.

“Saringan kontak rapat mendapati 28 lagi kes positif masing-masing 10 kes dan 18 kes pada 27 Julai dan 26 Julai 2021 dalam kalangan rakan sekerja dan keluarga.

“Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster jenis tempat kerja ini ialah sebanyak 29 kes. Aktiviti pengesanan kontak rapat dan siasatan lanjut masih
giat dijalankan,” kata jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun di satu kenyataan media.

Terdapat lagi tiga kluster pada hari ini iaitu kluster komuniti Inderasabah di Tawau, Kluster tempatkerja Jeti Kudat di Kudat dan Kluster Industri Kolombong melibatkan empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 741 kes.

Terdapat Tiga (3) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu Putatan, Penampang dan
Kudat masing-masing mencatatkan satu (1) kes.


Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.