KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM12,000 untuk dua pertuduhan terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia kerana menerima wang suapan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda dengan RM6,000 setiap pertuduhan jika gagal bayar 3bulan penjara.
Cassandraella Jalius, 27, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Pada 7 Disember 2019 di sebuah bank di Ranau, tertuduh sebagai pegawai Imigresen di Balai Pelepasan Kuala Lumpur International Airport 2 telah menerima wang berjumlah RM1,000 dan melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Untuk pertuduhan ke 2, pada 30 Disember 2019, Cassandraella Jalius sekali lagi menerima suapan bernilai RM3,200 daripada pemberi suapan yang sama.
Mahkamah telah merekodkan pengakuan pada 10 Mei 2021 bagi 2 pertuduhan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan yang telah dibacakan kepadanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F Mirchelle Sambutan manakala tertuduh diwakili peguam Farazwin Haxdy.