Covid19

Penerima vaksin tidak perlu buat imbasan di pintu masuk utama UMS

KOTA KINABALU: Penerima vaksin yang hadir ke temujanji di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini tidak perlu membuat imbasan MySejahtera di pintu masuk utama UMS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UMS, orang ramai walau bagaimanapun dikehendaki membuat imbasan tersebut di beberapa lokasi di dalam kampus.

“Imbasan Kod QR boleh dibuat berdekatan simpang Jalan Banjaran menuju ke Jalan Canselor, simpang Jalan Samudera menuju ke simpang Jalan Fakulti Sains dan Sumber Alam, jalan dari bulatan menuju ke parkir Dewan Canselor.

“Imbasan juga boleh dibuat di jalan menuju Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan simpang masuk Fakulti Kejuruteraan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, arahan itu juga turut berkuatkuasa ke atas seluruh warga UMS. Ia bagi mengelakkan kesesakan trafik di pintu masuk utama universiti.

Namun, keperluan membuat imbasan Kod QR di dalam kampus wajib dipatuhi seiring dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam perkembangan berkaitan, Bahagian Keselamatan UMS turut memaklumkan bahawa staf dan penerima vaksin dibenarkan keluar melalui pintu BHO bagi melancarkan aliran trafik di dalam kampus.

Pintu yang terletak di tengah-tengah laluan antara PPV IPT UMS ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dibuka bermula jam 9.00 pagi – 6.00 petang kecuali Sabtu, Ahad dan hari cuti kelepasan am.

Untuk rekod, kapasiti pemberian vaksin COVID-19 di PPV IPT UMS kini meningkat kepada 3,000 dos sehari berbanding 1,000 dos sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.