KOTA KINABALU: Kes harian Covid-19 di Sabah dijangkakan akan mencecah lebih daripada 1,600 dalam masa dua minggu.
Ramalan tersebut adalah berdasarkan Model SIR dan data sebelum ini.
Selain itu, menurut kajian Datuk Dr Amar-Singh, Sabah merupakan antara lima negeri yang akan menyaksikan situasi yang lebih teruk berbanding Klang Valley.
Kejadian yang membimbangkan adalah disebabkan kadar vaksinasi yang rendah iaitu hanya 10 peratus populasi di Sabah yang telah lengkap dua dos.
Selain itu, faktor sebaran varian delta juga memainkan peranan dalam peningkatan kes Covid-19 yang mendadak dan infrastructur hospital yang lemah.

Sementara itu, jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata orang ramai disarankan untuk membuat ujian swab sekiranya mengalami selsema dan batuk.
“Memandangkan saringan bergejala ada lah tinggi (21.2%), amat disarankan agar mereka yg mengalami selesema & batuk segera membuat ujian swab bagi menentukan kedudukan kesihatan masing-masing.
“Tindakan ini dapat mengelak dpd menjangkiti orang lain sekira didapati positif.”
Hari ini, Sabah mencatatkan jumlah kes baharu turun sedikit hari ini tetapi masih tinggi, yakni 949.
Daerah Kota Kinabalu mencatatkan penambahan kes yg tinggi, dpd 183 kelmarin kpd 260 kes hari ini.
Kes baharu di Tawau juga naik kpd 138, penambahan 48 kes berbanding kelmarin .
Tuaran mencatat 102 kes, penambahan 23 kes. Kes naik semula di Beaufort hari in kpd 62 setelah mencatatkan 19 kes sahaja kelmarin, begitu juga di Ranau yg tidak ada kes baharu pada 3/8, melonjak semula kpd 27 kes hari ini.
Semua daerah di Sabah mencatatkan kes baharu.
Terdapat satu kluster baru iaitu Tempasuk di Kota Belud dengan jumlah kes 29.
Kes indeks merupakan juruwang disebuah bank yg menjangkiti kaum keluarga, penduduk kampung & kontak rapatnya.