BELURAN: Daerah Beluran yang sebelum ini pernah mengekalkan status sebagai zon hijau kini merekodkan kes baharu yang naik mendadak.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kelmarin Beluran mencatatkan hanya 6 kes tetapi mendadak naik sehingga 123.
Beliau menambah 109 daripada 123 kes merupakan hasil daripada saringan bersasar.
Hari ini, Sabah mencatatkan lagi 4-angka kes Covid-19 iaitu 1,255.
Kota Kinabalu terus mencatatkan jumlah kes yg tinggi, 241 pada hari ini, kurang sedikit dpd jumlah kelmarin (282).
Daerah Tawau juga mencatatkan kes harian yg tinggi, 135 berbanding 177 kelmarin. Tetapi kes baharu di Tuaran melambung tinggi ke 143, yakni penambahan 47 kes.
Kes baharu di Sandakan juga mencatatkan penambahan kes yg tinggi, dpd 72 kelmarin kepada 108 kes hari ini. Kluster baru Lebuh Empat menyumbang 39 kes bagi daerah tersebut.
“Kontak rapat kekal penyumbang terbesar kpd kes baharu, yakni 618 (49.2%), kategori bergejala 247 (19.7%) dan kes daripada kluster-kluster 131 (10.4%).
“Kes-kes baharu yg diperolehi melalui saringan bersasar di lokasi-lokasi PKPD menyumbang hampir 15% (187) kpd kes keseluruhan.”
Terdapat dua kluster baharu hari ini iaitu Tarikan di Nabawan dan Lebuh Empat di Sandakan.
995 pesakit dpd 1255 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Empat orang dalam kategori 4, tidak ada kes baharu dalam kategori 5. 246 kes masih dalam siasatan lanjut untuk menentukan pengkategorian.
Untuk rekod, 38 kes baharu hari ini melibatkan OKT, yakni tahanan di penjara atau pusat tahanan sementara bagi mereka yg menunggu dihantar balik ke negara asal.
Program vaksinasi berjalan lancar. Kelmarin JKNS memberi (administer) 48,195 dos vaksin kpd rakyat yg layak. Kita mengharapkan bekalan vaksin yg banyak & tidak terputus akan terus kita terima bagi membolehkan JKNS mempertingkat & mempercepatkan gerakan vaksinasi di Negeri Sabah.