KOTA KINABALU: Hanya ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang telah lengkap vaksinasi dan ujian calitan yang negatif dibenarkan bersidang pada Ogos 24 ini.
Menurut Speaker Dun Sabah Datuk Kadzim M Yahya, keputusan ujian calitan Covid-19 mesti dikemukakan tiga hari sebelum Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah bersidang.
Selain ujian calitan, pihaknya juga menetapkan lengkap dua dos vaksin sebagai prosedur operasi standard (SOP) utama bagi pelaksanaan persidangan selama tiga hari.
“Semua Ahli Yang Berhormat (YB) serta para petugas yang terlibat dalam persidangan pada kali ini wajib mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19 kepada pihak kami tiga hari sebelum bersidang .
“Di samping itu, lengkap dua dos vaksin Covid-19 juga adalah diwajibkan,” katanya kepada media selepas mengikuti Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seluruh Malaysia secara maya di sini, pada Isnin.