Pertubuhan Bobolian Sabah akan tubuhkan sekolah.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Bobolian Sabah (PBS) dalam proses menubuhkan sekolah untuk bobolian.

Bobolian, bobohizan (Kadazan) atau bobolizan (Rungus) merupakan gelaran bagi golongan rahib wanita dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun.

Menurut presiden PBS Datuk Steven Boliku, pada masa sekarang terdapat sekolah bobolian di Kota Marudu yang telah berjalan lancar di peringkat kampung.

“Terdapat juga sekolah-sekolah seumpama itu di kawasan Penampang. Bagi mereka yang berminat, bolehlah menghubungi kami melalui setiausaha Persatuan Bobolian Negeri,” beliau berkata di satu webinar Unduk Ngadau sempena Hari Orang Asal Dunia.

Steven berkata sebelum penubuhan persatuan tersebut, institusi bobolian adalah tidak terjaga di mana mereka menjalankan upacara tertutup.

Beliau berkata pada zaman sekarang, wanita Kadazandusun dan Murut pada amnya lebih berdaya saing dan berpelajaran tinggi, serta memegang jawatan tinggi.

“Peranan bobolian jauh berbeza jika berbanding zaman dahulu, ini disebabkan perubahan struktur kepimpinan dan penganutan agama seperti Kristian dan Islam.

“(Perubahan tersebut) menganggap bobolian sebagai ilmu hitam dan tidak diiktiraf sebagai institusi agama.

“Walau bagaimanapun pandangan bobolian sebagai penyembah syaitan adalah tidak benar, dan mereka bukanlah sembah batu atau pokok kayu, di mana mesej ini perlu disampaikan kepada orang-orang muda kita.

“Kurang kefahaman terhadap bobolian, pembelajaran bobolian juga menyebabkan (tradisi) tersebut kurang mendapat sambutan generasi muda, status hanya sebagai simbol budaya lampau hanya semasa upacara.”

Steven berkata sejarah bobolian bermula pada tahun sekitar 1900 di mana tidak terdapat institusi sekolah di Sabah.

Pada masa itu, anak perempuan yang berumur semuda 6 tahun digalakkan untuk mengikuti sekolah pondok di mana pengajar-pengajar adalah bobolian.

Bobolian, yang dikatakan mempunyai bakat sebagai pengantara dunia nyata dan ghaib, berperanan sebagai pengamal perubatan tradisional, penasihat untuk upacara menanam padi, masuk rumah baharu dan memberi keseimbangan alam sekitar sejagat.

Walaupun peranan bobolian jarang digunapakai, Steven berkata nasihat mereka masih digunapakai seperti adat istiadat perdamaian dan penyembuhan di Kampung Kiau, Kota Belud pada 10 April 2021.

“Pandangan bobolian masih dihormati dan dituruti, upacara tersebut melibatkan penyembelihan 7 ekor ayam dan 1 ekor kerbau sebagai sogit yang dijalankan serentak.

“Namun bobolian menasihatkan penyembelihan serentak akan “berlanggar” disebabkan kedua-dua binatang adalah berlainan bulu.

“Berdasarkan nasihat tersebut, penganjur mengambil keputusan hanya ayam yang akan dikorbankan untuk sogit majlis”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.