Pegawai tinggi kerajaan mengalami gejala dua hari selepas ujian saringan negatif.

KUALA LUMPUR: Dua ujian saringan untuk kes kematian melibatkan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen adalah negatif.

Menurut Ketua Pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau telah melakukan ujian pra Dewan Rakyat (23 Julai 2021) dan ujian RTK-Ag Self-Test Kit Saliva (29 Julai 2021) di mana kedua-duanya adalah negatif.

Walau bagaimanapun, dua hari selepas membuat test-kit saliva, pegawai tersebut menunjukkan gejala pada 31 Julai 2021 dan positif ujian PCR dengan nilai kitaran ambang atau CT value 14.88.

“Keadaan beliau bertambah teruk dan telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut. Namun keadaan beliau amat kritikal dan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.”

“Adalah dimaklumkan bahawa lapan (8) sampel kes Parlimen yang mempunyai CT value rendah telah dihantar ke IMR untuk ujian genomik. Didapati sebanyak lima (5) daripadanya adalah varian VOC Delta manakala dua (2) sampel tidak berjaya diproses dan satu (1) sampel lagi masih menunggu keputusan.”

Satu lagi delta varian dikesan di Sabah.

Setakat semalam (Ogos 10), kadar kebolehjangkitan Rt di Sabah adalah 1.16.

Dr Noor Hisham berkata kajian terbaru mengesan satu kes baharu Covid-19 varian Delta telah dikesan di satu kluster Linau Kumpang di Kota Belud yang diumumkan pada 27 Jun.

Pengesanan kes tersebut menjadikan 4 kes varian Delta di Sabah. Tiga kes sebelum ini melibatkan krew kapal tentera KD Mahawangsa (kluster Ocean Blue) yang berlaku hampir 2 bulan lalu.

Selain itu, terdapat juga kes Variant of Concern iaitu 1 kes varian Alpha Kluster untuk Lorong Megah Jaya di Sandakan dan dua jes varian alpha untuk Kluster Gusi di Papar dan Kluster Kauran Durok di Keningau (dua kes Beta).

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.