4 anggota TUDM Sarawak mati dalam kejadian tembak semasa serah tugas

KOTA SAMARAHAN: Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Kota Samarahan mati dalam kejadian tembak pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata insiden tersebut berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.

“Dua rakannya yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Mangsa yang cedera parah di bahagian perut sempat memandu kenderaan sendiri mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.

Namun, beliau juga meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan,” katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.